Sunday, May 29, 2011

Hiddink, Villas-Boas dikaitkan dengan Chelsea

Jurulatih Turki, Guus Hiddink dan pengurus Porto, Andre Villas-Boas menjadi sebutan untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Carlo Ancelotti di Stamford Bridge.

Chelsea menyingkirkan Ancelotti yang memenangi Piala FA dan kejuaraan liga sejam selepas kekalahan di tangan Everton 1-0 pada perlawanan terakhir musim ini.

Hiddink menjuarai Piala FA ketika mengendali Chelsea selama tiga bulan pada 2009 dan masih lagi berhubung dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich. Selain itu, jurulatih Ajax, Marco van Basten dan lagenda Chelsea, Gianfranco Zola turut menjadi perhatian pemilik dari Rusia itu.

Bagaimanapun Hiddink masih di dalam kontrak bersama Turki sehingga 2012 dan dijangka tidak berminat untuk menamatkan kontrak tersebut lebih awal.

Sementara itu, pengurus Porto, Villas-Boas yang membawa kelabnya menjuarai treble musim ini termasuk Liga Europa dan juara Portugal pada musim pertama beliau.

Pengurus muda itu yang mendapat jolokan 'new Jose Mourinho' berjaya menarik perhatian kelab besar dunia untuk menggunakan khidmatnya.

No comments:

Post a Comment