Sunday, May 29, 2011

Aguero mahu tinggalkan Atletico Madrid

Penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero berkata beliau mahu meninggalkan kelabnya itu dengan meminta Rojiblancos untuk menerima tawaran kepadanya.

Aguero merupakan antara pemain bintang Atletico semenjak berpindah ke Vicente Calderon pada tahun 2006 dari Independiente tetapi kini menjelaskan yang beliau mahu berpindah ke kelab yang lebih besar.

Aguero yang menjaringkan 74 gol dalam tempoh 5 musim untuk saingan LA Liga menyatakan pendiriannya untuk berpindah di dalam laman Twitter dan laman web rasminya.

"Saya pernah maklumkan apabila saya mahu berpindah, saya akan maklumkan secara umum. Dan masanya telah tiba."

Sementara itu, CEO Atletico, Miguel Angel Gil Marin memaklumkan beliau menerima tawaran daripada Real Madrid untuk membeli Forlan dan Aguero. Bagaimanapun beliau berkata Aguero tidak akan berpindah ke Real Madrid.

Aguero pernah berkata yang beliau tidak akan bermain untuk kelab yang bermula dengan huruf 'R' yang merujuk kepada Racing dan Real Madrid.

No comments:

Post a Comment