Sunday, May 29, 2011

Arsenal dan Spurs Rebut Falcao

Arsenal dan Tottenham dilaporkan sedia untuk membayar yuran perpindahan sebanyak £26 juta untuk menggunakan khidmat penyerang Porto, Radamel Falcao.

Falcao menjaringkan rekod 17 gol untuk membantu Porto menjulang Piala Europa musim ini mengatasi rekod 15 tahun Jurgen Klinsmann dengan 15 gol. Kejayaan penyerang berusia 25 tahun ini mendapat perhatian beberapa kelab ternama Eropah.

Pemain Colombia ini turut menghasilkan 16 gol dalam kempen liga Portugal dan kini kelab dikatakan sedang dalam perbincangan kerana menyifatkan yuran mnimum perlepasan sebanyak €30 juta adalah rendah.

"England sangat berminat dengan Falcao," kata agen. "Antara yang menjadi perhatian ialah Arsenal dan Tottenham. Mereka bersedia membayar yuran perlepasan sebanyak €30 juta. Nilai tersebut bukan sesuatu yang pelik bagi mereka."

Falcao menyatakan hasrat untuk kekal di Estadio do Dragao selepas menjaringkan gol kemenangan buat Porto dalam perlawanan final menewaskan Braga. Bekas pemain River Plate itu berkata beliau mahu kekal di Portugal kerana mahu bermain Liga Juara - Juara bersama Porto di bawah kendalian Andre Villas-Boas.

No comments:

Post a Comment