Saturday, May 28, 2011

Barcelona juara Eropah 2011

LIONEL Messi dan David Villa memastikan Barcelona merangkul trofi Liga Juara-Juara Eropah dengan mengalahkan Manchester United 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Wembley awal pagi ini.

Walaupun Manchester United berjaya mengikat Barcelona dengan 1-1 apabila Wayne Rooney menyamakan kedudukan pada minit ke-34 selepas Pedro Rodriguez menjaringkan gol pendahulu pada minit ke-27, namun dua gol selepas itu memastikan juara Sepanyol berhak bergelar juara.

Sebaik separuh masa kedua berjalan Messi hanya mengambil masa sembilan minit meletakkan kembali Barcelona di hadapan dan gol jaringan Villa pada minit ke-70 mengesahkan kemenangan Barcelona.

No comments:

Post a Comment