Saturday, May 28, 2011

Messi Akan Lebih Bagus Daripada Maradona

Lionel Messi akan mengatasi Diego Maradona selaku pemain bola sepak terbaik dunia.

Itulah ramalan yang dibuat oleh serang lagi lagenda bola sepak Argentina, Ossie Ardiles, yang mendakwa kedua-dua pemain itu akan mengatasi bintang Brazil, Pele dalam catatan sejarah.

Dia berkata, "Selepas sekian lama, saya berpendapat bahawa Diego tidak mungkin boleh diatasi dan begitu juga Pele, tapi kin tidak lagi. Lionel Messi akan dicatat dalam sejarah sebagai pemain No.1 sepanjang zaman, pemain terbaik yang pernah disaksikan.

"Messi berada dalam tekanan setiap masa dan perlu mengharungi perlawanan yang getir, Liga Juara-juarab sebagai contoh paling bagus."

No comments:

Post a Comment