Monday, April 4, 2011

Wenger percaya Spurs mampu tundukkan Real

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya musuh setempatnya, Tottenham mempunyai peluang yang seimbang untuk singkirkan Real Madrid dari saingan Liga Juara - Juara Eropah.

The Gunners yang merupakan finalis 2006 gagal meneruskan cabaran dalam Liga Juara - Juara Eropah musim ini selepas tewas di tangan Barcelona walaupun Wenger mendakawa pasukannya lebih berhak untuk layak.

Bagaimanapun, Tottenham telah membuat kejutan pada saingan Liga Juara - Juara Eropah kali ini dengan menewaskan Inter Milan pada peringkat kumpulan selain menyingkirkan AC Milan pada pusingan kedua.

Real Madrid tewas di halaman sendiri buat pertama kali selepas 25 perlawanan di tangan Sporting Gijon 1-0 pada hujung minggu sekali gus memberi harapan buat Spurs untuk mencatat keputusan yang mengejutkan pada Selasa malam ini di Bernabeu.

Tetapi penghalang sebenar ialah Jose Mourinho yang membawa Inter Milan menjuarai kejohanan ini musim lepas dikatakan lebih masak dengan corak permainan kelab Inggeris ketika membimbing Chelsea.

Real kemungkinan kehilangan Karim Benzema, Marcelo serta Cristiano Ronaldo akibat kecederaan sementara William Gallas dan Gareth Bale hampir pasti tidak dapat diturunkan.

Sumber : bolasepak.com

No comments:

Post a Comment