Monday, April 4, 2011

( Repost ) Chelsea Jumpa United di Suku Akhir Liga Juara-Juara


Nyon, Switzerland - Chelsea akan bermain dengan musuh liga perdana inggeris nya iaitu Manchester United manakala juara sembilan kali Real Madrid pula akan bertemu dengan Tottenham pada hari Jumaat untuk suku akhir Liga Juara2.

Barcelona akan bertemu dengan Ukraine Shakhtar Donetsk,  Shakhtar Donetsk adalah pasukan paling lemah yang masih bertanding di pertandingan kelab elit Eropah, dan juara bertahan Inter Milan pula akan berjumpa dengan Schalke.

Jika Barcelona dan Real Madrid berjaya melipasi suku akhir ini, mereka akan berjumpa pada pusingan seterusnya.

Perlawanan pertama akan berlangsung pada 5 dan 6 April. Perlawanan kedua pula akan berlangsung seminggu kemudian.

Madrid akan dilatih oleh dua kali juara Liga Juara2 Jose Mourinho. Ini adalah kali pertama Real Madrid berjaya memasuki  suku akhir sejak tahun 2004. Mereka akan bertemu dengan Spurs, iaitu pasukan yang telah mengalahkan AC Milan pada pusingan sebelum ini.

United mengalahkan Chelsea menerusi sepakan penalti pada tahun 2008 dalam pusingan akhir Liga Juara2 di Moscow sekaligus United dinobatkan sebagai juara. 

Barcelona mempunyai kelebihan untuk memenangi Liga Juara2 apabila hanya kalah sekali sahaja di Liga Juara2 dan Liga Sepanyol pada musim ini.

No comments:

Post a Comment