Monday, April 4, 2011

Safee Sali sumbat gol keempat


Safee Sali terus melakarkan nama di arena Liga Super Indonesia (ISL) dengan menghasilkan gol keempat dalam lima perlawanan buat Pelita Jaya FC sekali gus mengurangkan tekanan kelab yang berada di tangga tercorot liga.

Perlawanan menentang Persijap di Stadium Singaperbangsa, Kerawang menyaksikan Safee menghasilkan gol menerusi sepakan gunting pada minit ke-10 selepas mendapat umpanan cantik.

Kejayaan Pelita Jaya dilebarkan dengan jaringan oleh Joko Sasongko pada separuh masa kedua sekali gus mengesahkan kutipan tiga mata penuh buat Pelita Jaya untuk merapatkan jurang di belakang Persijap dengan hanya satu mata.

Pengurus Pelita Jaya FC, Miodrag Radovic menyifatkan kehadiran Safee telah membuat perubahan yang mendadak di dalam kelab untuk menghadapi pusingan kedua ISL.

“Saya bukan saja mengharapkan dia untuk menjaring gol, tetapi kehadirannya cukup membantu memberi inspirasi kepada pemain muda Pelita Jaya. Beberapa pemain yang kurang menyerlah sudah mula menunjukkan kemampuan sebenar mereka," katanya.

Sumber : bolasepak.com

No comments:

Post a Comment