Monday, April 4, 2011

Man Utd hanya bernasib baik : Peter Cech

Peter Cech menyifatkan Manchester United sebenarnya tidak memenangi Liga Juara – Juara Eropah menentang Chelsea pada final 2008.

United akan ke Stamford Bridge awal pagi Khamis ini untuk perlawanan pertama suku akhir dan anak buah Sir Alex Ferguson merasakan mereka mempunyai kelebihan dari segi mental ketika menundukkan Chelsea menerusi sepakan penalti untuk menjadi juara Eropah buat kali ketiga.

Bagaimanapun Cech percaya nasib hanya menyebelahi United untuk menjuarai kejohanan ketika itu selepas keputusan terikat 1-1. “Rekod mengatakan yang mereka menang perlawanan itu,” kata Cech.

“Tetapi mereka tidak layak sebenarnya. Mereka hanya lebih bernasib baik dari kami dalam sepakan penalti. Apa yang telah lepas tetap lepas. Kami melihat ke hadapan dan kami berharap kali ini kami yang akan layak.”

Sumber : bolasepak.com


No comments:

Post a Comment