Thursday, April 14, 2011

Rooney : Giggs Antara Pemain Hebat

Wayne Rooney menyifatkan rakan sepasukannya Ryan Giggs sebagai seorang yang hebat selepas memainkan peranan penting dalam kemenangan suku akhir Liga Juara - Juara Eropah menentang Chelsea dan percaya pemain senior Manchester United itu akan menerima pangkat tidak lama lagi.

Pemain berumur 37 tahun itu bermain dengan cemerlang dalam kemenangan tiga gol United ketika menentang Chelsea untuk layak ke separuh akhir liga juara-juara dan mendapat pujian yang tinggi berikutan persembahannya itu.

"Ianya menakjubkan dengan apa yang telah beliau lakukan bersama Manchester United," kata Rooney. "Ianya sesuatu yang menarik untuk bermain bersamanya. Saya tidak tahu apa yang beliau lakukan."

"Secara jujur bagi saya beliau adalah seorang yang genius dan saya tidak rasa ianya terlalu lambat untuk kami panggilnya Sir Ryan Giggs pada pendapatan saya"

Rooney yang sedang dalam prestasi terbaik akan terlepas perlawanan separuh akhir Piala FA di Wembley menentang Manchester City namun tetap bersemangat untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

No comments:

Post a Comment