Thursday, April 14, 2011

Real dan Shalke Layak ke Separuh Akhir

Shalke 04 membuat kejutan untuk melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara - Juara Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab mereka selepas menumbangkan juara bertahan Inter Milan dengan agregat bergaya 7-3.

Namun halangan seterusnya pada separuh akhir buat kelab Jerman ini ialah kelab gergasi England, Manchester United. United seharusnya perlu memandang serius dengan kemampuan Shalke di tempat lawan selepas San Siro menjadi mangsa apabila dibolosi lima gol.

United yang berusaha untuk meraih treble musim ini perlu melepasi halangan utama ini sebelum menanti cabaran getir di final sama ada Real Madrid atau Barcelona.

Sementara itu, Tottenham mungkin perlu lebih banyak belajar mengenai kepentingan pertahanan yang kental ketika bermain di tempat lawan selepas mudah diketepikan Real Madrid 5-0.

Wakil England yang mungkin hanya mencalar reputasi Liga Inggeris itu ternyata lesu dengan gergasi Sepanyol yang di bawah kendalian Jose Mourinho. Real akan bertemu musuh utama mereka, Barcelona di peringkat separuh akhir dan Mourinho sudah pasti akan menguatkan barisan pertahanan terutamanya ketika di Nou Camp bagi mengelakkan tragedi malang berulang.

No comments:

Post a Comment