Wednesday, April 13, 2011

Harapan Chelsea Musnah


Harapan Chelsea untuk merangkul kejuaraan Liga Juara - Juara Eropah musnah selepas tewas di tangan Manchester United 3-1 menerusi agregat.

Anak buah Carlo Ancelotti ketinggalan satu gol pada perlawanan pertama dapat memulakan permainan dengan baik di Old Trafford namun dinafikan oleh jaringan Javier Hernandez sebelum tamat separuh masa pertama.

Peluang Chelsea semakin pudar selepas Ramires menerima kad kuning kedua pada minit ke-70 tetapi Didier Drogba yang menggantikan Fernando Torres pada separuh masa berjaya memberikan harapan kepada The Blues untuk menyamakan kedudukan.

Tetapi Ji-Sung Park dengan segera membalas gol tersebut sekali gus meranapkan harapan Chelsea yang terpaksa menamatkan perlawanan dengan kesukaran selepas United bijak mengawal perlawanan hingga minit akhir.

Barcelona pula tidak menghadapi masalah untuk menundukkan Shakhtar Donetsk dengan agregat 6-1 dan kemungkinan besar mereka akan bertemu Real Madrid di peringkat separuh akhir.

No comments:

Post a Comment