KUALA LUMPUR -- Pengadil bola sepak wanita Malaysia Widiya Shamsuri adalah antara tiga pengadil dan enam penolong pengadil Asia yang telah dilantik oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk bertugas dalam Piala Dunia Wanita yang akan berlansung di Jerman dari 26 Jun hingga 17 Julai tahun ini.
Menurut laman web Persekutuan Bolasepak Asia (AFC), selain Widiya, penolong pengadil yang lain ialah Allyson Flynn (Australia), Sarah Ho (Australia), Kim Kyoung Min (Korea Utara), Saori Takahashi (Jepun) dan Zhang Lingling (China).
Sementara para pengadil ialah Cha Sung-mi dari Korea Selatan, Etsuko Fukano (Jepun) dan Jacqui Melksham (Australia).
Australia, Korea Utara dan Jepun mewakili Asia dalam kejohanan 16 pasukan itu.
Widiya, 34, dari Seremban sebelum ini pernah menjadi penjaga garisan dalam Piala Dunia Wanita Bawah-20 FIFA di Russia pada 2006 dan kejohanan yang sama di Beijing pada 2008.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Astaman Abdul Aziz berkata pelantikan Widiya sebagai penolong pengadil merupakan pengiktirafan kepada pengadil bola sepak wanita negara.
No comments:
Post a Comment