Saturday, April 30, 2011

Barca dan Real Bakal di Denda UEFA

Barcelona dan Real Madrid bakal menghadapi tindakan disiplin daripada UEFA selepas perlawanan kontrovesi separuh akhir pertama Liga Juara - Juara Eropah di Bernabeu. Sementara itu, Barca akan membuat laporan tersendiri berhubung sikap Mourinho ketika perlawanan itu.

Barcelona menang 2-0 dalam perlawanan tersebut hasil jaringan Lionel Messi namun perlawanan tersebut dilihat tiada semangat kesukanan dengan lakonan dan pergaduhan sepanjang permainan.

Sejurus selepas perlawanan, Jose Mourinho dengan lantang menyuarakan pengaruh yang dimiliki Barcelonan di saingan Eropah.

"Kes yang akan disabitkan terhadap Real Madrid ialah lontaran ke arah padang, pencerobohan ke padang, kad merah terhadap Pepe, penyingkiran Jose Mourinho, serta kenyataan dari Mourinho selepas perlawanan."

"Kes yang akan disabitkan terhadap Barcelona ialah kad merah kepada José Pinto. Kedua - dua kes akan dibicarakan pada 6 May."

No comments:

Post a Comment