Saturday, April 9, 2011

Man Utd terus selesa di persada liga

Sir Alex Ferguson hampir pasti memecahkan rekod kejuaraan liga dengan membawa Manchester United ke jalan sebenar untuk menjuarai kejuaraan ke-19 musim ini selepas mudah menundukkan Fulham 2-0.

Jaringan daripada Dimitar Berbatov dan Antonio Valencia bukan sahaja meletakkan United 10 mata didepan Arsenal, malah memberikan keyakinan penuh untuk menanti kunjungan Chelsea ke Old Trafford Selasa ini.

Ketiadaan Wayne Rooney di barisan serangan langsung tidak menumpulkan ketajaman serangan United dengan Nani menjadi perancang utama untuk kedua - dua gol tuan rumah.

Namun kejayaan ini menjadi permulaan buat Ferguson menghadapi minggu yang sukar untuk mempertahankan kelebihan satu gol ke atas Chelsea bagi mara ke separuh akhir Liga Juara - Juara serta pertembungan klasik di Wembley menentang Manchester City untuk separuh akhir Piala FA.

Sumber : bolasepak.com 

No comments:

Post a Comment