Saturday, April 9, 2011

Malouda sumbang 3 mata buat Chelsea

Pemain Chelsea yang menanti satu gol dalam tempoh dua setengah bulan tetapi ianya bukan Fernando Torres dengan Florent Malouda mencuri kemenangan 1-0 ke atas Wigan.

Jaringan tunggal Malouda ketika baki perlawanan tinggal 23 minit sudah cukup buat Chelsea mengutip tiga mata penuh sekali gus kembali merampas tempat ketiga untuk berada dua mata didepan Manchester City.

Bagaimanapun Torres kekal dengan rekod tanpa gol selepas terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol ketika dimasukkan sebagai pemain gantian.

Torres yang dimasukkan sebagai pemain simpanan menunjukkan bahawa beliau akan bermain dalam kesebelasan utama untuk menentang Manchester United di Old Trafford Selasa ini.

The Blues ketinggalan 11 mata dibelakang United sebelum perlawanan bermula dan kegagalan mengutip mata penuh bakal meranapkan saki baki harapan mereka untuk menjulang kejuaraan liga musim ini.

Gol tunggal perlawanan ini terhasil selepas Torres menghalang Al Habsi dari menangkap bola tandukan David Luiz sebelum Malouda merembat deras untuk gol kemenangan.

Namun keputusan ini tidak mampu merapatkan jurang dengan United yang kekal mencatatkan rekod kemenangan tanpa kendalian Alex Ferguson di atas padang.

No comments:

Post a Comment