Monday, April 11, 2011

Arsenal Terus Buru Kejuaraan

Kejayaan Arsenal mengutip tiga mata penuh berjaya merapatkan kedudukan mereka kepada tujuh mata di belakang Manchester United dengan kemenangan 3-1 ke atas Blackpool.

Kejayaan ini juga menjadi taruhan kepada Arsene Wenger yang meletakkan penjaga gol veteren, Jens Lehmann selepas Manuel Almunia mengalami masalah kecederaan pada lewat latihan.

Abou Diaby dan Emmanuel Eboue meletakkan The Gunners pada kedudukan terbaik untuk mendahului 2-0 di Bloomfield Road tetapi Gary Taylor-Fletcher berjaya merapatkan kedudukan untuk memberi harapan kepada pasukan yang berada dalam zon penyingkiran.

Akhirnya Van Persie mengesahkan kemenangan bermakna buat Arsenal pada minit ke-76 sekali gus mengekalkan harapan mereka untuk mengekori rapat United di persada liga.

Lehmaan mecatat penampilan ke-200 buat Arsenal walaupun telah mengumumkan persaraan sebelum ini bagi mengisi kekosongan masalah penjaga gol. Selain itu, Cesc Fabregas turut diturunkan dalam kesebelasan utama untuk memberi kekuatan tambahan buat barisan muda Arsenal.

Sementara itu, Wenger berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi anak buahnya dan masih menaruh harapan untuk mengecewakan United di penghujung musim.

"Hari ini hanya tiga mata dan ianya membantu kami untuk meneruskan peluang," kata Wenger. "Kami telah berjanji dengan diri kami untuk memberikan segalanya sehingga penghujung musim. Kami masih ada baki tujuh perlawanan."

No comments:

Post a Comment