Monday, April 4, 2011

Rooney digantung dua perlawanan

FA memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Wayne Rooney kerana menggunakan “perkataan-F” terhadap jurukamera ketika Manchester United menang 4-2 ke atas West Ham United.

Rooney meraikan gol hatriknya termasuk bersama jurukamera yang menjadi isu hujung minggu lalu. Penyerang kebangsaan England itu meminta maaf selepas itu tetapi FA dilihat mengambil tindakan yang lebih tegas.

Kenyataan dari FA mengatakan “FA mendenda pemain Manchester United, Wayne Rooney kerana menggunakan bahasa yang bertentangan atau tidak sopan. Denda ini adalah ketika perlawanan bersama West Ham United di Boleyn Ground.

Rooney mempunyai tempoh sehingga awal pagi esok untuk membuat sebarang rayuan dan sekiranya beliau didapati bersalah, beliau akan digantung dua perlawanan.

Sumber : bolasepak.com

No comments:

Post a Comment