Saturday, April 9, 2011

Rooney Tetap di Gantung

Wayne Rooney gagal dalam rayuannya terhadap penggantungan dua perlawanan kepada FA dan bermakna beliau akan terlepas perlawanan genting menentang Manchester City di Wembley dalam separuh akhir Piala FA.

Rooney didenda akibat meraikan gol di depan jurukamera secara langsung dengan mengeluarkan perkataan yang tidak bermoral semasa melengkapkan hatriknya untuk menafikan dua gol West Ham minggu lepas.

Penggantungan ini akan menyebabkan Rooney terlepas perlawanan liga Sabtu ini menentang Fulham selain perlawanan separuh akhir Piala FA menentang musuh setempat City.

"Tidak seperti yang lain yang ditangkap mengeluarkan kata - kata kotor di depan kamera, saya minta maaf secara terus. Dan setakat ini saya hanya pemain yang digantung perlawanan kerana itu."

No comments:

Post a Comment