Sunday, April 24, 2011

Lionel Messi Pecah Rekod Jaring 50 Gol

Bintang Barcelona, Lionel Messi, mencatat rekod baru. Dia menjadi pemain pertama di Spanyol yang menjaringkan 50 gol dalam semusim di semua kejohanan

Messi sebelum ini sudah menyamai rekod legenda Real Madrid, Ferenc Puscas, yang pernah menjaringkan 49 gol dalam semusim di semua kejohanan.

Ketika Barcelona mengalahkan Osasuna 2-0, awal pagi tadi (24/4/2011)  dia menjaringkan satu gol.sekaligus mengatasi rekod yang dipegang legenda Real Madrid, Ferenc Puscas. Messi boleh menambahkan gol lagi, kerana saingan di Liga BBVA masih mempunyai 5 baki perlawanan.

Di Liga BBVA, Messi sudah mencatat 31 gol dan kini menguasai carta top score. Di Liga Juara-juara, Messi menjaringkan 9 gol. Selainnya, di piala Copa Del Rey dan Piala super sepanyol menjadikan kesemuanya 50 gol.
Lionel Messi

No comments:

Post a Comment