Sunday, April 24, 2011

Harapan Arsenal Julang Piala Lebur


Peluang Arsenal untuk mendekati Manchester United gagal, Setelah mereka tumpas 2-1 ditangan Bolton. Dengan keputusan ini, Arsenal masih berada di tangga ke-3 dan ketinggalan 9 mata kepada pendahulu, Manchester United. Keputusan ini juga menyaksikan Arsenal sekali lagi kemarau kejuaraan buat kali keenam berturut-turut.

Bertandang ke Reebok stadium, Arsenal ketinggalan 1-0 lewat gol jaringan pemain Chelsea yang dipinjamkan ke Bolton, Daniel Sturridge. Sturridge bijak menggunakan peluang didepan mata apabila pemain Arsenal, Nasri gagal mengeluarkan bola itu dari kawasan bahaya. Sturridge dengan mudah menanduk bola itu masuk ke gawang Arsenal menjadikan kedudukan 1-0 hingga tamat separuh masa pertama.

Diawal babak kedua, Bolton hampir menambah gol apabila dihadiahkan penalti oleh pengadil. Tetapi Kevin Davies gagal menggunakan peluang itu untuk menjaringkan gol apabila penjaga gol Arsenal,Wojciech Szczesny berjaya menepis bola itu keluar.

Arsenal akhirnya menyamakan kedudukan di minit ke- 47 menerusi penyerang sensasi, Robin Van Persie yang bijak menendang bola itu masuk ke gawang menjadikan kedudukan 1-1.

Arsenal terus menguasai perlawanan dan mengasak ke kubu lawan tetapi gagal mengambil peluang yang sedia ada. Antara peluang keemasan Arsenal hadir menerusi Samir Nasri. Nasri gagal mengambil kesempatan yang terbuka ketika hanya berhadapan 1 on 1  dengan penjaga gol Bolton,Jaaskelainen.

Hinggalah perlawanan seakan-akan berakhir dengan seri, Pemain gantian Tamir Cohen menjadi hero kemenangan Bolton apabila bijak menanduk bola yang diumpan dari sepakan sudut. Menjadikan kedudukan 2-1 hingga tamat perlawanan.

No comments:

Post a Comment