Monday, April 25, 2011

Gibson Tutup Akaun Twitternya Yang Baru Aktif 2 Jam

Pemain Manchester United, Darron Gibson baru membuat akaun Twitternya. Tetapi tidak lama, hanya 2 jam diaktifkan, Beliau kembali tutup.

Pemain United itu menutup akaun Twitternya kerana tidak tahan dikutuk dengan sejumlah peminat fanatik United yang tidak menyukainya. Gibson dipenuhi komen-komen ejekan yang pedas dari pengguna Twitter.

Salah satu pengguna Twitter yang mempostingkan ejakan untuk Gibson berbunyi seperti ini ( "Tidak ada hal yang lebih menggembirakan saya kecuali, melihatmu dijual musim panas nanti".)

Sementara itu, Rakan-Rakan Gibson di United cuba menenangkan sejumlah peminat mereka dan meminta peminat bersabar. Antaranya adalah, Ferdinand yang meminta Peminat lebih menunjukkan Cinta kepadanya.

Ketika ini akaun Gibson masih tidak aktif. Namun ada sejumlah peminat menyokongnya dan meminta Gibson kembali aktif akaunnya di Twitter.

No comments:

Post a Comment