Wednesday, April 6, 2011

Ancelotti percaya Torres mampu kecewakan Man Utd

Carlo Ancelotti percaya penyerang £50juta, Fernando Torres merupakan formula terbaik untuk menewaskan Manchester United dalam Liga Juara – Juara awal pagi esok.

Ancelotti masih belum memutuskan sama ada mahu menurunkan Torres atau Drogba atau kedua – duanya untuk perlawanan suku akhir pertama di Stamford Bridge tetapi beliau menegaskan tiada seorang pun di dalam kelab mengkritik Torres.

“Saya mahu mengekalkan suasana yang hebat di atas padang, dalam latihan,” kata Ancelotti. “Pemain saya tahu bila mereka perlu serius ketika di atas padang dan bila mereka boleh bersuka ria.”

Ancelotti tetap mempertahankan Torres yang masih gagal menghasilkan sebarang gol dalam sembilan perlawanan sejak berpindah ke Chelsea. “Kritikan bukan dalam kelab. Ianya diluar kelab.”

“Kami telah melihat Torres bermain baik dengan pasukan. Beliau tidak jaringkan gol. Beliau tidak gembira dengan sebab itu, tetapi beliau bermain sangat baik dengan pasukan. Saya harap beliau bermain dengan sama esok.”

Sumber : bolasepak.com

No comments:

Post a Comment