Wednesday, April 6, 2011

Tottenham bukan lawan Real Madrid

Harapan Tottenham dalam Liga Juara - Juara Eropah dilihat seperti hampir musnah selepas dibelasah Real Madrid 4-0 di Bernabeu.

Bekas pemain Arsenal, Emmanuel Adebayor meneruskan rentaknya untuk menghumban Spurs bagi mencatatkan sembilan gol dari sembilan perlawanan bersama Real.

Pasukan pelawat terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Peter Crouch dilayangkan kad kuning kedua seawal minit ke-15 pada ketika Real telahpun mendahului 1-0 hasil gol Adebayor pada minit ke-4.

Malam yang mengecewakan buat anak buah Harry Redknapp dilengkapkan oleh Cristiano Ronaldo dan Angel Di Maria yang menyumbat satu gol masing - masing untuk menjadikan keputusan 4-0 selepas Adebayaor menghasilkan dua gol pertama.

Kehadiran semula Gareth Bale di dalam skuad tidak mampu mengubah nasib Spurs yang mungkin termakan psikologi pengurus Real Madrid, Jose Mourinho yang mengagungkan Spurs sebelum perlawanan.

Lebih 3,000 penyokong Spurs pulang dengan kekecewaan dan berharap keajaiban akan berlaku di White Harte Lane minggu depan.

Sumber : bolasepak.com

No comments:

Post a Comment