Thursday, April 7, 2011

Pencapaian Terbaik Bola Sepak Brunei DS 2009

DPMM FC - JUARA PIALA LIGA 2009 (S LEAGUE)
BRUNEI VETERAN - JUARA BORNEO FOOTBALL CUP 2009
Rasanya inilah sahaja pencapaian terbaik yg mampu digapai oleh skuad bola sepak yg mewakili Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2009 lalu. Puas saya mencari2 berita yg tersiar dlm semua akhbar tempatan, blog2 sukan antarabangsa & majalah sukan luar negeri, namun tidak berjumpa berita yg menceritakan kejayaan skuad bola sepak negara. Hanya dua kejuaraan di atas yg terdapat dlm himpunan berita utk tahun 2009.

Untuk kejohanan2 peringkat sekolah (baik Asean mahupun Asia) skuad negara masih gagal mengecapi apa2 kejuaraan. Temasya Sukan Sea di Laos, skuad negara tidak mengambil bahagian & begitu juga dgn Sukan Borneo yg berlangsung di Bandar Seri Begawan, acara bola sepak tidak dipertandingkan, termasuk juga acara futsal.

Tahun 2010 ini Kejohanan Bolasepak Negara2 Asean atau dikenali sebagai Suzuki Cup akan berlangsung di Vietnam dlm bulan Disember nanti. Spt kebiasaan skuad negara akan bermain dlm pusingan kelayakan bersama2 Filipina, Laos & Timor Leste utk mencari dua pasukan teratas yg akan layak ke pusingan akhir itu nanti. Dalam tiga percubaan sebelum ini skuad negara gagal layak (dua kali diwakili oleh QAF FC & sekali oleh DPMM FC). Jika keahlian negara dlm FIFA diterima kembali maka ada harapan utk bermain dlm pusingan kelayakan tersebut, jika tidak mengigit jarilah jawabnya.

Pun begitu, perkembangan sukan bola sepak di negara ini berjalan seperti biasa. Sukan futsal makin mencuri tumpuan terutama golongan remaja. Boleh dikatakan bahawa setiap bulan ada sahaja pihak2 yg menganjurkan kejohanan futsal dan ianya mendapat sambutan hangat, purata 50 pasukan akan turut serta dlm setiap kejohanan.

Futsal mendpt tempat di kalangan peminat kerana beberapa sebab, pertama; futsal hanya memerlukan 5 org pemain utk membentuk sebuah pasukan, kedua; tidak mengira saiz badan atau tahap skil serta kecergasan tertinggi utk bermain futsal (jika bermain secara suka2), tidak seperti bola sepak 11 sepasukan yg memerlukan seseorg pemain mencapai tahap skil & kecergasan tertentu utk mewakili sesebuah kelab, ketiga; terdpt banyak gelanggang futsal di seluruh negara dan keempat; tidak memerlukan kos perbelanjaan yg tinggi.

Makanya, badan induk baru (apapun jua namanya nanti) yg bakal menerajui kepimpinan bola sepak negara nanti hendaklah mengambil perhatian serius terhadap futsal ini, sama dgn perhatian yg diberikan kpd bola sepak 11 sepasukan. Jika ditanai & digilap dgn cermat dan bersungguh2 tidak mustahil futsal mampu memberikan kejuaraan pertama bagi Brunei DS dlm kejohanan2 atau temasya sukan antarabangsa.

Dua lagi cabang sukan bola sepak yg masih belum diterokai secara meluas oleh para peminat bola sepak di negara ini ialah street soccer dan beach soccer. Mungkin jika dilakukan promosi & disediakan kemudahan gelanggang spt futsal, saya percaya street soccer & beach soccer akan turut mencuri tumpuan golongan remaja.


Dipetik dari Profbola


No comments:

Post a Comment