Sunday, March 27, 2011

Ozil : CR7 Sempurna, Zidane Idola Saya

 Midfielder Real Madrid, Mesut Ozil menggambarkan Christiano sebagai Pemain yang sempurna dan mendedahkan bahawa dia bercita-cita menjadi seperti Zinedine Zidane.

Nama Ozil begitu sensasi musim ini berhubun perpindahan ke Bernabeu pada musim panas lalu di samping cita-cita besarnya.

" Ronaldo? Dia menjaringkan banyak gol dan pemain yang sempurna," kata Ozil.

" Zidane pula idola saya. Saya telah menonton hampir kesemua perlawananya, dia juga pemain yang sempurna. Golnya ketika menentang Bayer Leverkusen di final Liga Juara Juara 2002 amat luar niasa."

Seperti Zidane, Ozil berhasrat memnangi Ballon d'Or FIFA satu hari nanti. Dia ketika ini berada di kedudukan ke 42 dalam Castrol Rankings, sementara Ronaldo di tempat kedua di belakang Lionel Messi.

No comments:

Post a Comment