Sunday, March 27, 2011

Polsen Timbang Keluar Dari Anfield

Midfielder Liverppol  Chriistian Poulsen dipercayai sedang menimbang masa depannya di Merseyside.

Pemain berusia 30 tahun itu tiba di kelab Liverpol pada musim panas lalu selepas dibeli dengan yuran sekitar EUR4.5 juta yang dipersetujui dengan Juventus. Namun pemain Denmark itu dilihat sebagai pemain baru yang hambar padda awal musim, ketika Reds bergelut di kelompok bawahan Liga.

Pertukaran pengurus menyegarkan kelab di Anfield itu hasil kepulangan Dalglish dan perlantikan jurulatih skuad utama Steve Clarke yang teah memberi kesan positf terhadap prestasi pasukan.

Namun bekas pemain Sevilla, Poulsen kehilangan tempat dalam skuad utama di bawah pengurusan Kenny Dalglish dan laporan menyebut midfielder itu akan membuat kepustusan berkaitan masa depanya pada penghujung kempen ini.

Setakat ini, Poulsen hanya memulakan sembilan Perlawan Liga Perdana.

No comments:

Post a Comment