Sunday, March 27, 2011

5 Lagenda Piala Dunia?

1 . Pele (Brazil)

Kemunculan : 92 (1957-71)
Gol : 77

Pele Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia? 

Lagenda Piala Dunia FIFA ini diiktiraf sebagai pemain terbaik sepanjang zaman selepas Diego Maradona. Pele merupakan satu-satunya pemain yang pernah merasai kemanisan menjulang Piala Dunia sebanyak 3 kali iaitu pada tahun (1958, 1962, 1970). 

Pendek dan kecil sahaja saiz tubuh badan Pele (kira-kira 5 kaki 8 inci ) tetapi Pele mempunyai kelebihan yang luar biasa daripada segi kekuatannya di udara, kelajuan dan kawalan bola yang menakjubkan dimiliki oleh beliau. Sepanjang kariernya dalam dunia bola sepak selama 21 tahun, Pele sudah pun menjaringkan lebih daripada 1,000 gol
2. Diego Maradona (Argentina)

Kemunculan: 91 (1977-94)
Gol : 34

maradona Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia? 

Agaknya memang dikurnikan bakat semulajadi untuk mengelecek dan mengawal bola dengan baik. Daripada segi keseimbangan dan kepantasannya melepasi kawalan pihak lawan. Sungguh berbakat. Pernah bermain dalam 4 edisi Piala Dunia, termasuk menjadi buah mulut daripada pemerhati bole sepak ketika itu yang menganggap yang Maradona seperti “seorang diri” membantu Argentina merangkul Piala Dunia FIFA 1986 yang mana juga beliau ketika itu merupakan kapten Argetina.

Selain itu juga, beliau turut merangkul anugerah Golden Ball sebagai pemain terbaik kejohanan Piala Dunia FIFA 1986. Setiap kali tibanya edisi Piala Dunia, pak cik Maradona ini sentiasa dikenang sebagai satu lagi lagenda Piala Dunia.
3. Frank Beckenbeur (Jerman Barat)

Kemunculan : 103 (1965-77)
Gol : 14

Franz Beckenbauer Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia? 

Frank Beckenbeur merupakan antara bek terbaik sepanjang zaman. Terkenal dengan gelaran De Kaiser, beliau memiliki gaya dan kepimpinan yang tinggi setiap kali berdepan dengan serangan yang hebat daripada  mana-mana pasukan gergasi bola sepak dunia. Pernah menjulang trofi Piala Dunia semasa beliau menjadi kapten Jerman Barat pada tahun 1974 dan sebagai pengurus pasukan Jerman pada tahun 1990.
4. Garrincha (Brazil)

Kemunculan : 50 (1955-66)
Gol : 12

Garrincha Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia? 

Semasa zaman kegemilangannya bersama pasukan Brazil, beliau digelar sebagai “burung kecil”. Garrincha merupakan watak penting dalam memainkan peranan membantu kejayaan Brazil menjulang Piala Dunia 1958 dan 1962. Seorang lagenda bola sepak di bahagian sayap dek kerana keupayaannnya mengelecek dan mengawal bola sehingga memukau pertahanan lawan.

Pengaruhnya  yang kuat dalam pasukan Brazil ketika zamannya sehinggakan peluang Brazil untuk menjulang Piala Dunia tahun 1966 terencat  apabila Garinchha tidak dapat bermain dalam salah satu perlawanan sahaja Piala Dunia sahaja
5. Gerd Muller (Jerman)

Kemunculan : 62 (1966-74)
Gol : 68

Gerd Muller Edisi Piala Dunia FIFA 2010 : 10 Lagenda Piala Dunia? 

Penyerang prolifik daripada Jerman ini telah berjaya mencatatkan bilangan gol peringkat antarabangsa yang cukup luar biasa. Dengan ketinggian 5 kaki 69 inci, beliau yang juga pernah dinobatkan pemain terbaik Eropah pada tahun 1970 selepas musim yang berjayanya di Bayern Munich telah mencetak 10 gol di sepanjang edisi Piala Dunia yang disertainya.
P/S : Sebenarnya ramai lagi untuk slot pemain lagenda Piala Dunia FIFA. Contohnya, Sir Bobby Charton (1966), Dio Zoff (1984), Gordon Banks -1966 (ingat lagi pak cik ini yang pernah menahan asakan serangan daripada Pele melalui tandukan yang dikenang sepanjang zaman?) dan ramai lagi. Dan senarai 10 lagenda yang di atas adalah “best among the best lagendary player”

Sumber : beritasemasa.com


No comments:

Post a Comment