Saturday, July 9, 2011

Wenger mahu kekalkan Fabregas dan Nasri

Arsene Wenger menegaskan beliau akan berusaha untuk mengekalkan bintang Arsenal Cesc Fabregas dan Samir Nasri dari meninggalkan kelab itu.

Masa depan Fabregas semakin samar selepas Barcelona telah mula menawarkan untuk mendapatkan semula bekas pemain akedemiknya itu sementara Nasri dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dengan nilai £20juta. “Posisi kami sentiasa sama. Kami mahu mengekakan Cecs dan Nasri,” jelas Wenger. “Kami akan melakukan segalanya bagi memastikan mereka kekal.”

Nasri dijangka akan terbang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan Asia sementara Fabregas akan tinggal di England untuk sesi pemulihan dari kecederan.

Wenger turut memaklumkan beliau akan menurunkan barisan terkuat untuk perlawanan persahabatan nanti bagi memastikan semua pemain utama berada dalam keadaan cerdas menjelang musim baru akan datang.

Sumber


1 comment: