Friday, June 10, 2011

Shinji Kagawa Berminat Sertai Manchester United

Perancang Borussia Dortmund, Shinji Kagawa berkata beliau berminat untuk menyertai Manchester United sekiranya kelab itu membuat tawaran.

Prestasi Kagawa bersama kelab dan pasukan kebangsaan menarik minat Sir Alex Ferguson dan Red Devils dilaporkan sedang dalam pertimbangan untuk membuat tawaran bagi memperkuatkan lagi skuad mereka.

Pemain kebangsaan Jepun itu berkata tawaran untuk bermain di Old Trafford adalah satu peluang yang besar dan beliau tidak akan menolaknya.

"Jika saya mendapat tawaran rasmi, saya sangat berminat untuk mendengar apa yang mereka mahu katakan. Liga Perdana merupakan antara liga yang saya mahu saingi. Jika ianya Man Utd, saya lebih teruja untuk ke sana dan lihat apa yang boleh saya lakukan."

1 comment: