Wednesday, June 1, 2011

Nani : Man Utd Mampu Tewaskan Barcelona Musim Depan

Pemain sayap Manchester United, Nani masih berkeyakinan Manchester United mampu menundukkan Barcelona musim depan selepas menyaksikan kelabnya itu mudah ditumpaskan di Wembley.

Anak buah Sir Alex Ferguson bermain dengan baik 10 minit awal perlawanan namun selepas Barcelona mendapat rentak permainan mereka, juara England itu ternyata bukan tandingan mereka.

Nani yang hanya dimasukkan selepas minit ke-69 percaya kelabnya itu mampu bangkit untuk membalas dendam terhadap kekalahan memalukan awal pagi tadi sekali gus menafikan kejuaraan Eropah ketiga buat Ferguson.

"Kami ke perlawanan akhir dan miliki peluang untuk menang tetapi sukar untuk bermain dengan Barca," kata Nani. "Kamu tidak tahu mungkin musim depan kami akan ke final sekali lagi menentang pasukan lain dan walaupun menentang Barceloan, kami boleh menang."

"Tetapi ianya bola sepak. Kadang - kadang kamu menang, kadang - kadang kamu kalah. Kadang - kadang kamu tidak bermain, tetapi saya hormat keputusan pengurus."

1 comment:

  1. mmg tak disangkalkan barca mmg hebat..dan United 2nd best in Europe okla..dari yang lgsg tak bermain di Europe

    ReplyDelete