Saturday, May 21, 2011

Sir Alex Ferguson Rancang Beli Tiga Pemain Baru

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berkata beliau mahu membawa tiga muka baru ke Old Trafford dalam usaha memperkuatkan lagi skuad kendaliannya pada musim depan.

Gary Neville telahpun bersara dengan Edwin van der Sar dan Paul Scholes dijangka akan mengikut jejak langkah tersebut selepas final Liga Juara - Juara Eropah.

Sementara itu, pemain lain yang mungkin akan turut berpindah musim ini ialah Wes Brown, Owen Hargreaves, Michael Owen dan Gabriel Obertan. Ini bermakna United akan menghadapi musim perpindahan yang sibuk pada musim panas ini.

"Kami mempunyai beberapa pendapat," kata Ferguson. "Kami berharap berjaya mendapatkannya. Ryan Giggs dan Paul Scholes sudah hampir menamatkan kerjayanya, Gary Neville sudah bersara manakala Edwin van der Sar akan bersara."

"Sudah pasti kami mempunyai beberapa pemain muda yang hebat dan kebanyakkan dari mereka sedang meningkat. Jadi ada beberapa ruang yang kami perlu tutupi musim depan."

No comments:

Post a Comment