Saturday, May 21, 2011

Ronaldo Tidak Akan Berpindah ke Man City Musim Depan

Manchester City menolak spekulasi untuk berbelanja besar bagi membeli Cristiano Ronaldo pada musim panas ini.

Ronaldo yang merupakan bekas pemain terbaik dunia keluar dari Manchester United ke Real Madrid dengan yuran perpindahan £80 juta dua tahun lalu dan berjaya mempamerkan aksi cemerlang di Bernabeu.

Bagaimanapun, 51 gol yang dihasilkan pemain kebangsaan Portugal untuk musim ini dalam semua kejohanan dinafikan Barcelona yang menewaskan mereka untuk merebut Liga Juara - Juara dan Liga Perdana.

Pengerusi Khaldoon Al-Mubarak memaklumkan bahawa mereka tidak akan membeli secara besar - besaran seperti setiap musim dan hanya akan menguatkan posisi tertentu.

Namun, sebelum Roberto Mancini boleh memikirkan pemain yang perlu dibawa masuk, beliau perlu menyelesaikan masalah pemainnya sendiri.

Wayne Bridge dan Craig Bellamy akan kembali ke City selepas menamatkan pinjaman di West Ham dan Cardiff manakala Emmanuel Adebayor dijangka akan kekal di Real.

No comments:

Post a Comment