Wednesday, May 11, 2011

Man City Layak ke Liga Juara-Juara Musim Depan

Selepas pelaburan lebih £1 bilion dan lebih £350 juta yang dibelanjakan untuk bayaran pemain, pasukan yang dibina Sheikh Mansour akhirnya mengesahkan diri untuk bermain dalam Liga Juara - Juara Eropah.

Tetapi malam tersebut menjadi lebih manis buat pemain dan pengurus, Roberto Mancini keranan gol tunggal dalam perlawanan antara Manchester City menentang Tottenham dijaringkan oleh Peter Crouch yang juga merupakan pemain yang menafikan mereka untuk tempat ke-4 musim lepas.

Kini, City hanya perlu fokus kepada perlawanan akhir Piala FA sekali gus untuk melengkapkan penantian 35 tahun mereka tanpa sebarang trofi. Pertemuan tersebut bakal menyaksikan pertembungan bersama Stoke yang menang bergaya 3-1 ke atas Arsenal sebelum ini.

Bagaimanapun keputusan ini menjadi lebih hambar buat Tottenham yang dilihat berada pada kedudukan sukar untuk melayakkan diri ke Piala Europa musim depan. Mereka hanya perlu menamatkan kedudukan di tangga kelima untuk bermain di peringkat Eropah musim depan.

Birmingham telahpun melayakkan diri ke Europa kerana menjuarai Piala Liga sementara Stoke yang ke final Piala FA turut layak kerana City telah layak ke Liga Juara - Juara. Ini bermakna, hanya tempat kelima yang tinggal.

Spurs perlu menewaskan Liverpool yang bangkit dari kedudukan tangga ke-12 di bawah kendalian Kenny Dalglish untuk merampas kedudukan yang dihuni Spurs sekian lama.

Sekiranya Spurs gagal menang dalam perlawanan menentang Liverpool Sabtu ini, peluang mereka secara sah tertutup untuk ke Piala Europa.

No comments:

Post a Comment