Monday, May 16, 2011

Jersi Barcelona Musim 2011/2012


Juara La Liga musim 2010-11, Barcelona, menepati janjinya untuk tetap menggunakan logo UNICEF di jersi mereka. Logo UNICEF, untuk musim depan sedikit berbeza, kerana logo itu akan dipasang di bahagian belakang. Tepat pada bawah Nombor Jersi pemain.

Selama ini logo UNICEF diletakkan di bahagian depan dada pemain. Namun, Barca sudah memiliki sponsor baru yang membuatkan posisi logo UNICEF itu dipindahkan kebelakang. Sponsor baru itu adalah Qatar Foundation. Sponsor ini merupakan yayasan yang bergerak dari bidang pendidikan, ilmu pengetahuan, dan pengembangan dari negara-negara arab atau pun teluk.

Kerjasama dengan Qatar Foundation bernilai  €150 juta (RM642 Juta) dan akan dimulai pada musim 2011-2012 hingga musim 2016-2017. 

Bagi UNICEF pula, Barca berjanji akan menjelaskan detail dari perjanjian mereka pada bulan Jun ini. Dengan tujuan utama menggunakan aset sosial kelab untuk menyokong gerakan global dan pendidikan yang hasilnya akan berguna untuk anak-anak," Lapor AFP (17/5/2011)

Namun, Tidak kesemua pihak bersetuju dengan kerjasama ini. Johan Cruyff sebagai bekas pemain menganggap kerjasama dengan Qatar Foundation akan merosakkan lagi jersi pemain.

No comments:

Post a Comment