Monday, May 16, 2011

Akhirnya Grant Dipecat


MALANG berganda buat Avram Grant, sudahlah West Ham United tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan, kini dia pula dipecat sekali gus kontrak empat tahun dibatalkan.

Sejak kemunculannya pada 3 Jun 2010, The Hammers hanya memperoleh mata pertama selepas enam bulan beliau di Upton Park iaitu pada 18 September 2010.

Kemenangan pertama pula muncul selang tujuh hari kemudian ketika menentang Tottenham Hotspurs dan ia memberi sedikit ruang buat West Ham bernafas.

Namun, episod duka mereka sekurang-kurang terubat apabila menjadi satu-satunya kelab yang berjaya membenam Manchester United dengan empat gol tanpa balas.

Di bawah kendalian Grant, The Hammers sekadar menang tujuh daripada 37 perlawanan dan lebih banyak menang perlawanan membabitkan Piala Liga (5 kali) dan Piala FA (3 kali )berbanding aksi dalam EPL musim 2010/11.

No comments:

Post a Comment