Tuesday, May 17, 2011

Fernandes Mendedahkan Semula Minat Terhadap West Ham United

Pengasas Air Asia, Tony Fenandes bersedia untuk menyalakan semula minatnya terhadap West Ham sebagai jawapan pujukan dari penyokong.

Pengasas Air Asia dan bos pasukan Formula Satu Team Lotus itu mendedahkan melalui rangkaian laman sosial yang dia akan memikirkan semula pelannya untuk melabur dalam kelab timur London itu hanya sehari selepas mereka sah tersingkir ke Liga Kejuaraan akibat kekalahan kepada Wigan.

Dia menulis melalui Twitter: "Kecewa lihat West Ham tersingkir. Bagaimana anda boleh dahului 2-0 kemudian tewas 3-2. Jika peminat mahu saya libatkan diri saya akan lakukannya.

"Ia kelab hebat dan kami peminat telah menderita terlalu lama."

Hanya 18 bulan lalu, Fernandes berminat untuk mengambilalih kelab itu dari bekas regim Iceland yang bergelut dari segi kewangan. Walaupun dengan menunjukkan minat serius, perjanjian gagal dicapai dan dia tewas kepada pemilik bersama sekarang, David Sullivan dan David Gold.

Usahawan berusia 47 tahun yang meminati Hammers itu telah dijemput untuk membentuk kerjasama dengan Gold dan Sullivan namun menolak kerana dia mahu mempunyai kuasa kawalan penuh.

Tidak jelas samada pengakuan terbarunya bermakna dia akan memikirkan semula keputusannya atau melancarkan tawaran pengambilalihan penuh.

No comments:

Post a Comment