Thursday, May 19, 2011

Cristiano Ronaldo Setai Manchester City Musim Depan?

MANCHESTER - Manchester City dilaporkan bersedia untuk berbelanja besar bagi mendapatkan bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo ke Eastlands musim depan.

Sekiranya ia menjadi kenyataan, Perpindahan pemain sayap Real Madrid itu ke Eastlands bakal membolehkan City mencipta rekod perpindahan termahal didunia.

Minggu lalu, City yang dibimbing Roberto Mancini tampil bergaya apabila mengesahkan slot bagi beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam pada itu, Mancini menegaskan Carloz Tevez akan kekal dikelab itu selepas penyerang Argentina itu meledakkan dua gol ketika menang 3-0 keatas Stoke City pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam.

Jika Tevez dikekalkan dalam Skuad Mancini musim depan, peluang Peminat untuk melihat Cristiano Ronaldo dan Tevez kembali bergabung mungkin menjadi kenyataan jika Manchester City benar-benar serius ingin mendapatkan Cristiano Ronaldo.

No comments:

Post a Comment