Tuesday, April 26, 2011

Walaupun Menang Giggs Tetap Kecewa

Manchester United beraksi cemerlang di Separuh Akhir Pertama Liga Juara-Juara Eropah apabila menewaskan lawan mereka 2-0 di Gelanggang Schalke04.

Dua gol kemenangan United di Veltins-Arena, Awal pagi semalam, 26 April 2011, hadir di separuh masa kedua. Pemain veteran Ryan Giggs dan Wayne Rooney masing-masing menyumbat 1 gol untuk United.

"Kami boleh menang 2-0 tapi kami sedikit kecewa hanya boleh menjaringkan dua gol," kata Giggs.

Perlawanan pagi semalam menyaksikan Penjaga gol Schalke, Manuel Neuer, menampilkan aksi luar biasa.Dia berjaya menepis 8 kali percubaan berbahaya yang dilakukan oleh United. Pengurus United, Alex Ferguson memberikan pujian khusus kepada penjaga gol berusia 25 tahun itu yang beberapa kali menjadi sasaran United untuk menggantikan posisi Van Der Sar yang dilaporkan akan bersara tidak lama lagi.

Giggs memberitahu dia kecewa kerana hanya boleh menjaringkan 2 gol di perlawanan itu. "setidak-tidaknya kami boleh menjaringkan 5 gol di separuh masa pertama pertandingan". Namun mereka berdepan salah satu penjaga gol terbaik dunia,Manuel Neuer yang menyukarkan lagi misi mereka untuk menembus gawang.

Separuh Akhir Kedua akan dilangsungkan pada tarikh 8 Mei ini di Old Trafford.Dengan kemenangan ini United sudah menjejakkan sebelah kaki ke Pertandingan Akhir yang akan berlangsung di Wembley,United Kingdom.

2 comments:

  1. Mmg kecewa gak la...
    Man Utd blh score dekat 10 gol kot..
    Giggs, Rooney and Chicharito main cemerlang...
    Cuma luck je xde...
    Harap2, pusingan kedua ni Man Utd dapat kekal prestasi...

    ReplyDelete
  2. Penjaga gol Schalke, Manuel Neuer ni ada guna ilmu sihir ke? Power siot!!! hahaha... MU... apa lagi beli la... boleh ganti Van Der Sar!!!

    ReplyDelete