Friday, April 1, 2011

Pemain Termahal EPL

Chelsea memecahkan rekod perpindahan dalam sejarah kelab bola sepak British apabila mengikat kontrak dengan Fernando Torres menerusi bayaran 50 juta pound (RM243.2 juta) dari Liverpool semalam.

Penyerang Sepanyol itu mengikat kontrak selama lima tahun setengah bersama kelab Chelsea pada ketika Liverpool menyifatkannya sebagai rekod di British. Perpindahan itu juga adalah salah satu perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak dunia dan hanya diatasi pembelian Real Madrid bagi mendapatkan Cristiano Ronaldo dan Kaka pada 2009. Jumlah perpindahan itu adalah sama yang dibayar Barcelona kepada Inter Milan untuk mendapatkan Zlatan Ibrahimovic pada 2009 sekali gus menyebabkan Samuel Eto’o berhijrah ke kelab Itali berkenaan.

Senarai 10 tempat teratas membabit pembayaran yuran perpindahan pemain bagi kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris:

1. Fernando Torres (Liverpool ke Chelsea) 50 juta pounds

2. Andy Carroll (Newcastle ke Liverpool) 35 juta pounds

3. Robinho (Real Madrid ke Manchester City) 32.5 juta pounds

4. Andriy Shevchenko (AC Milan ke Chelsea) 30.8 juta pounds

5. Dimitar Berbatov (Tottenham Hotspur ke Manchester United) 30.75 juta pounds

6. Rio Ferdinand (Leeds United ke Manchester United) 29.1 juta pounds

7. Juan Sebastian Veron (Lazio ke Manchester United) 28.1 juta pounds

8. Wayne Rooney (Everton ke Manchester United) 27 juta pounds

9. Edin Dzeko (Wolfsburg ke Manchester City) 27 juta pounds

10. James Milner (Aston Villa ke Manchester City) 26 juta pounds

- AFP

No comments:

Post a Comment