Sunday, April 17, 2011

Man City Mara Ke Final Pertama Kali Sejak 1981

Paul Scholes dibuang padang dengan Manchester City menamatkan harapan treble Manchester United untuk melangkah ke final buat pertama kali sejak 1981.

Pemain terbaik perlawanan, Yaya Toure merupakan wira City dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas Michael Carrick membuat kesilapan sebelum mudah menewaskan Edwin van der Sar.

Anak buah Roberto Mancini mungkin bernasib baik atas kejayaan ini selepas Dimitar Berbatov terlepas beberapa peluang keemasan buat United. Tugas City dilihat lebih mudah selepas Scholes dibuang padang akibat kekasaran ke atas Pablo Zabaleta.

Ini bermakna tiada lagi ulangan 1999 buat United yang perlu memberi tumpuan kepada saingan liga dan Liga Juara - Juara. Pengerusi kelab City, Khaldoon al-Mubarak menonton perlawanan tersebut dan kini mereka mempunyai peluang untuk membuat sejarah dengan sekali lagi hadir ke Wembley pada 14 Mei ini untuk perlawanan akhir.

Bagaimanapun Mancini berharap anak buahnya tidak mensia - siakan kejayaan separuh akhir ini dengan bermain untuk kemenangan pada final nanti

No comments:

Post a Comment