Saturday, April 30, 2011

Chelsea Terus Mengejar United


LONDON - Gol Salomon Kalou di babak kedua membolehkan Chelsea mengutip 3 mata penuh apabila Skuad Ancelotti itu berjaya menewaskan Tottenham Hotspur dengan jaringan 2-1.Awal pagi tadi.

Dalam pertemuan kali ini, Pengurus, Carlo Ancelotti kembali menduetkan Fernando Torres dan Didier Drogba.

Tottenham terlebih dahulu menjaringkan gol apabila pemain tengah mereka, Sandro melakukan percubaan di luar kotak penalti sekaligus membuka jaringan untuk pasukan kendalian Redknapp itu menjadikan kedudukan 0-1.

Tersentak dengan jaringan itu. Chelsea cuba kembali bangkit dan mengasak kubu lawan hinggalah di minit ke 45, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi pemain tengah, Frank Lampard yang melakukan tendangan jarak jauh dari luar kotak penalti.

Salomon Kalou menjadi wira kemenangan Chelsea, Apabila meledakkan gol ke 2 Chelsea diminit ke-89.

Dengan kemenangan ini, Chelsea semakin dekat dengan pendahulu liga, Manchester United, apabila mengumpul 70 mata dan dibezakan dengan 3 mata dari United. Namun, Manchester United masih mempunyai peluang untuk menjarakkan kembali menjadi 6 mata apabila mereka dijadualkan bertemu dengan Arsenal.

No comments:

Post a Comment