Sunday, April 24, 2011

Akhirnya Torres Menjaringkan Gol

Fernando Torres akhirnya menjaringkan gol pertama beliau bersama Chelsea dengan beliau menamatkan tempoh 15 jam tanpa gol sekali gus membantu harapan kelab untuk memburu kejauraan tunggal musim ini.

Penyerang bernilai £50juta itu gagal menghasilkan sebarang gol sepanjang 901 minit untuk kelab dan negaranya semenjak menyertai The Blues tiga bulan lalu tetapi beliau hanya memerlukan lapan minit untuk melakukannya selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Kejayaan penyerang Sepanyol itu diraikan oleh rakan sepasukan dan Chelsea kembali menghampiri Manchester United dengan enam mata di mana Frank Lampard dan Florent Malouda turut menjaringkan gol.

Kekalahan besar ini meletakkan West Ham kembali ke tangga bawah liga dan hanya berada dua mata dari zon penyingkiran. 

Bagaimanpaun Carlo Ancelotti mengakui peluang untuk menjuarai liga musim ini semakin tipis walaupun pasukannya mencatat keputusan positif. Kemenangan tipis Manchester United ke atas Everton mengekalkan jarak enam mata dengan hanya empat baki perlawanan.

"Kami telah kurang kebarangkalian," kata Ancelotti. "Hanya empat perlawanan berbaki, jarak masih sama, jadi ianya semakin sukar. Tetapi kami perlu terus mencuba dan percaya."

No comments:

Post a Comment