Wednesday, March 23, 2011

Wenger tak persoal mentaliti pemain

 Arsene Wenger menegaskan beliau tidak mempertikaikan mentaliti pemainnya untuk menang selepas Arsenal terkeluar dari tiga kejohanan dalam masa dua minggu.

Arsenal dijangka dapat menamatkan penantian enam tahun tanpa sebarang kejuaraan ketika mereka bertemu pasukan yang dalam zon penyingkiran Birmingham dalam final Piala Liga namun beliau ditewaskan 2-1 di Wembley.

Kemudian mereka tersingkir dari Liga Juara - Juara Eropah kepada Barcelona sebelum terpaksa melupakan hasrat dalam Piala FA dengan tewas di tangan Manchester United.

Ini bermakna, The Gunners hanya berpeluang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris namun skuad mereka disifatkan tidak mempunyai mentaliti yang kuat untuk menjuarainya.

"Kami masih adanya, tidak perlu dipersoal," kata Wenger. Ia merupakan sesuatu yang sukar buat pemain tetapi mereka tidak pernah menunjukkan kelemahan mentaliti mereka."

"Satu - satunya perkara yang boleh saya katakan saya bersedia untuk memberikan segalanya dalam liga. Saya yakin kami akan dapatkannya."

No comments:

Post a Comment