Saturday, March 26, 2011

Silva Sangkal Dakwaan Mahu Berhenti

Striker Manchester City, David Silva menyangkal dakwaan yang dia gagal menyesuaikan diri di England dan mahu kembali ke negara asanya Sepanyol.

Silva yang menyertai Man. City dari Valencia musim panas lalu memberitahu www.mcfc.co.uk, "Saya terkejut seperti semua orang disini ketika membaca laporan tersebut. Saya buat wawancara dengan akhbar Sepanyol tapi saya tak pernah keluarkan kata-kata eperti itu, yang melibatkan masa depan saya. Saya gembira dan rasa lebih selesa dengan kehidupan saya disini."

Silva memberitahu dia dilayan baik oleh skuad kosmopolitan City yang penuh dengan bintang-bintang yang mahal.

No comments:

Post a Comment