Friday, March 25, 2011

Sepanyol Berjaya Mengekalkan Kemenangan

David Villa menghasilkan dua gol untuk membawa Sepanyol bangkit dari ketinggalan bagi menewaskan Republik Czech 2-1.

Juara dunia itu dikejutkan dengan jaringan menarik dari Jaroslav Plasil pada minit ke-29 tetapi Villa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 sekali gus meletakkan Villa sebagai penjaring terbanyak Sepanyol sepanjang zaman mengatasi Raul.

Kurang lima minit kemudian, beliau sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas Jan Rezek mengasari Andres Iniesta di dalam kotak penalti. Kemenangan ini meletakkan Sepanyol enam mata dihadapan mengungguli Kumpulan I dan mengekalkan rekod 100%.

Sementara itu Perancis berjaya mengatasi Luxembourg 2-0 namun kehadiran semula Patrice Evra dan Franck Ribery gagal memberi inspirasi kepada Perancis. Belanda pula tidak menghadapi masalah untuk membelasah Hungray 4-0 menerusi Rafael van der Vaart, Ibrahim Afellay, Dirk Kuyt dan Robin van Persie.

No comments:

Post a Comment