Friday, March 25, 2011

Capello menyesal pecat Terry

Fabio Capello melahirkan rasa menyesal berikutan tindakan beliau memecat John Terry dari lilitan ketua pasukan sebelum menyerahkan semula baru - baru ini.

Dalam sesi media pra perlawanan antara England dan Wales, Capello dikritik kerana menarik balik keputusan memilih ketua pasukan England. Capello mengakui beliau sepatutnya mengawal keadaan itu dengan lebih baik daripada mengambil keputusan yang tidak sepatutnya.

"Lihat, ia sepatutnya dilakukan dengan lebih baik tetapi semuanya telah berlalu," kata Capello. "Saya menghormati pemain, saya menghormati semua orang dan kadang - kadang saya menyesal dengan apa yang telah berlaku."

"Saya rasa ianya merupakan masa buat John Terry untuk kembali sebagai ketua pasukan. Saya tahu Rio Ferdinand dan Steven Gerrard tidak cerdas. Tetapi satu perlawanan ini sangat penting untuk memerlukan ketua pasukan seperti Terry."

Sementara itu Ferdinand berang dengan keputusan Capello menukar ketua pasukan tanpa memaklumkannya dan Capello berkata beliau cuba untuk berjumpa dengan Ferdinand tetapi Ferdinand menolak.

Sumber : bolasepak.com 

No comments:

Post a Comment