Saturday, March 26, 2011

Safee Bangkit Jaring Dua Gol Pelita Jaya FC

SELEPAS tewas tipis pada dua perlawanan lalu, Safee Sali bangkit menjaringkan dua gol untuk memberikan mata penuh kedua buat Pelita Jaya FC sejak penyerang kebangsaan itu menyertai Liga Super Indonesia (ISL) bulan lalu.

Pada perlawanan menentang kelab Bontang FC dari Kalimantan semalam, Safee terpaksa menunggu sehingga ke babak kedua untuk melunaskan harapan peminatnya, baik di Malaysia mahupun Indonesia, sebelum meledak dua gol untuk Pelita Jaya.

“Memang saya kecewa selepas perlawanan dengan Persisam tempoh hari, terutama apabila beberapa percubaan ke arah gol dinafikan tiang dan palang,” kata Safee menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) selepas tamat perlawanan di Stadium Mulawarman, Kalimantan, semalam.
“Jadi pada perlawanan hari ini (semalam), saya berazam untuk memastikan tiga mata penuh dibawa pulang ke Sawangan sebelum kami bersiap untuk berdepan sebuah lagi pasukan di zon penyingkiran, Persijap Jepara, Ahad depan.”

Safee membuka jaringan pada minit ke-61 dan menjadikan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-75, sebelum Bontang FC yang menduduki tangga tercorot ISL, merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.


-BH-

No comments:

Post a Comment