Saturday, March 26, 2011

England mudah tumbangkan Walse

Dua gol awal dari England menyaksikan mereka berjaya menumpaskan Wales 2-0 di Millennium Stadium sekali gus meletakkan mereka pada kedudukan yang lebih selamat untuk kelayakkan Euro 2012.

England berada di depan seawal minit ke-7 menerusi jaringan Frank Lampard hasil sepakan penalti selepas James Collins menjatuhkan Ashley Young di dalam kotak penalti.

Pada minit ke-14, England menggandakan kelebihan mereka apabila Glen Johnson membuat hantaran menakjubkan untuk memberi ruang kepada Young menghantar bola kepada Darren Bent bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Wales cuba bangkit dari ketinggalan namun tidak mampu mengatasi kekentalan tuan rumah dengan perlawanan menghasilkan tujuh kad kuning. Wayne Rooney akan terlepas perlawanan menentang Switzerland pada Jun akibat digantung.

Sementara itu, Jerman tidak menghadapi masalah untuk membelasah Kazakhstan 4-0 sekali gus meletakkan mereka hampir pasti untuk layak ke pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine.

Sumber : bolasepak.com

No comments:

Post a Comment