Thursday, July 7, 2011

Sunderland beli Brown dan O’Shea

Sunderland berjaya membawa John O’Shea dan Wes Brown dari Manchester United untuk bermain di Stadium of Light musim ini.

O’Shea memulakan kariernya di United pada 1999 dengan membantu United memenangi lima kejuaraan liga, Piala FA, Liga Juara – juara dan tiga Piala Liga. O’Shea menyertai Sunderland hanya beberapa jam selepas Wes Brown menandatangani kelab itu.

Sir Alex Ferguson memberi penghargaan kepada O’Shea terhadap sumbangan beliau dan berkata sekarang tiba masanya untuk O’Shea bermain sebagai pemain kesebelasan utama.

Kedua – dua pemain ini bersetuju dengan kontrak selama 4 tahun dan nilai yuran perpindahan mereka dipercayai sekitar £1juta.

Penyertaan kedua – dua pemain ini menjadikan Sunderland telahpun membeli sembilan pemain pada musim panas ini selain Ahmed Elmohamady, Connor Wickham, Craig Gardner, Ji Dong-won, Keiren Westwood dan Sebastian Larsson.

Sumber

2 comments:

  1. tp boleh ke kedua-dua pemain ni jd 1st eleven...sunderland punye defend macam lagi baik..

    ReplyDelete
  2. terbaek la utk 2 org ni...ley la kerap turun main skit..drpd duk kt mu kn...

    hatipengembara.blogspot.com

    ReplyDelete